1 September 2xxx. Nishi Kawaguchi, Saitama, Japan
“This
is ridiculous! Bagi orang peta dalam Bahasa Inggeris, yang ada kat papan
tanda sini mostly tulisan Jepun!
Hisshh… Apa dia orang ni, tak perasan ke benda-benda ni semua. Mana satu exit West ni, mana satu pula exit East...kang sia-sia aku menapak…
Lepas tu salah blok pulak… Dah la panas-panas ni. Dengan puasanya lagi. Ya
Allah, apalah nasib, sorang-sorang pulak tu kat sini… itulah tak nak pergi
kursus bahasa awal-awal, sekarang satu habuk pun tak faham.. And where is this Tokia guy? Kata nak
amik kat sini...” Bla..bla..bla…
Tanpa disedari bebelan halusnya
didengari seseorang yang baru sahaja turun dari tangga dan melewatinya. Lelaki
itu berhenti berjalan. Spontan. Tindakan refleks apabila terdengar ayat-ayat
Bahasa Melayu dari mulut gadis itu. Langkahnya berpatah balik. Badan
dipusingkan menghadap seorang gadis yang memegang kertas-kertas bersaiz A4 di
tangan sambil mulut mengomel-omel kecil.
Lelaki itu merenung si gadis yang
masih menunduk dan masih tidak menyedari kehadirannya…
Si gadis yang berambut pendek bob hairstyle,
Si gadis yang berwajah bersih tanpa
secalit solekan,
Si gadis yang berkemeja lengan panjang
tanah hitam dengan jalur melintang putih, lengan kemejanya disinsing sedikit di
bawah paras siku, berseluar jeans biru gelap dan ladies sneakers Adidas putih. Sehelai jaket hitam tersangkut di
lengan si gadis. Kelihatan manis…walau hanya bergaya simple sempoi. Di sebelah gadis itu ada sebuah beg ala-ala
penyingkiran-akademi-realiti-tv bersaiz sederhana warna merah. Di belakang badannya
pula tersandang sebuah beg hitam Dueter. Mungkin ini yang ditunggu Tokia di
seberang sana…
Sedari tadi Dahlea Adam duduk termangu
di tepi anak tangga stesyen keretapi Japan Rail Nishi Kawaguchi. Tangan dan
matanya tekun membelek-belek peta yang siap dicetak sebelum meninggalkan bumi
Malaysia semalam. Peta yang sepatutnya dapat menunjuk arahnya ke asrama
penempatan bagi pelajar Post-graduate
Twinning Program di bumi sakura ini tetapi lain yang diharapkan, lain pula
yang terjadi. Tiada satu butiran pun yang ditunjukkan di dalam peta itu sekata
dengan realiti yang dilihat di depan mata waktu ini. Beralih pula menatap
telefon pintar di tangan. Mulut terus membebel tanpa sedar.
“Tak ada line internet pulak tu. Kalau
kat Korea tu senang-senang je wifi sana sini. Kat Jepun ni tak ada pula. Tak
guna juga smartphone bagai kalau dah
takde line ni.” iPhone di tangan ditutup semula. Teringat pula kenangan 24-jam kemaskini
status facebook ketika bercuti
bersama mama dan baba di Korea.
‘Hmmm…mama…baba…Dahl
dah rindu…’
Dahlea berdiri pula, dikibas-kibas
punggungnya membuang kotoran di seluar jeansnya, yang sangat rendah
kebarangkalian adanya. Sudah menjadi tindakan refleks sekiranya bangun dari
duduk di jalanan, bukan? Rasanya, dalam jangkamasa setahun setengah yang akan
datang dia mungkin boleh melupakan tabiat tindakan refleks yang ini kerana
fakta-5-saat pertama yang boleh dirumuskan tentang bandar Tokyo ini adalah…bersih.
Ya, jalanan yang sangat bersih. Tong sampah pun bersih. Tandas…hmm, sampai ke
tahap boleh dijadikan tempat bersembang seperti disaksikan di Lapangan Terbang
Narita tadi. Disebabkan itu juga, Dahlea dengan redha melepak di tepi anak
tangga itu tanpa rasa risau dengan tahap kebersihan sekitarnya.
Dan kembali semula ke alam nyatanya,
usaha untuk synchronise peta di
tangan dengan keadaan sekeliling yang sangat luar dari kebiasaan pada matanya, ternyata
sia-sia dan masih tidak berjaya. Dahlea Adam mengeluh lagi.
Tiba-tiba dia ditegur…
“Assalamualaikum, errr...orang
Melayu?” Spontan soalan ditujukan oleh lelaki itu kepada Dahlea.
**********
"Ohaiyo gozaimasu, Tokia
san!"
"Oh! Good morning, Fu-a-do san!" Kepala masing-masing menunduk
sedikit.
"Waiting for someone?" Fuad mulakan perbualan. Gaya Tokia,
kenalan Jepunnya yang fasih berbahasa Inggeris itu seperti sedang menunggu
seseorang... atau lebih tepat lagi tertinjau-tinjau mencari seseorang.
"Hait! I am waiting for a Malaysian student, but she seems nowhere until now.
She should be here by 12.00 p.m. according to our schedule... but now it's
almost 12.30. I am afraid she might be lost right now." Ternyata Tokia
kelihatan sangat gelisah. Satu minit terlewat pun penting bagi masyarakat
Jepun, inikan pula sudah melewati 30 minit. Haruslah sudah kelihatan kelam
kabut sahabat ni.
"Malaysian student?" Fuad Rahman bertanya kembali, inginkan
kepastian dan dengan harapan mendapat maklumat lanjut dari Tokia. Terdetik juga
kerisauan di hatinya. Kalau bukan orang serumpun yang dikatakan Tokia ‘sesat’
itu, mungkinkah dia tidak akan terfikir untuk membantu? Hmm...tepuk dada tanya
minda, Fuad, kata hati.
"Yes, a lady... I took part in the welcoming-new-student program. I was
assigned to fetch her here and lead her to the hostel. Hmmm... I don't know
what I should do now."
"There's no way we can contact her? Her phone perhaps." Di mana pula lah budak Malaysia ni? Takkan
sesat kot. Tak biasa sangat ke dengan sistem keretapi? Di Kuala Lumpur tu sama
saja sistem keretapi dengan di Jepun ni, mungkin bezanya kualiti saja.
"Ii nai. She emailed me her Malaysian phone number, but it seems off now."
Jelas Tokia sambil merenung Samsung Galaxy ditangannya.
"I think you should stay here and maybe wait for her...mmm maybe for
another half an hour or so. If she's still not around, then we will think of
something. I have to grab something at Daiso, I'll come back soon, okay."
Fuad Rahman menepuk bahu Tokia Sato sekilas.
Tokia mengangguk kepalanya, "Have a look at the other exit, please...
maybe she's there. I really hope she’s there."
"Hope so. Stay here, Tokia san. I'll be back soon." Fuad Rahman
mula menapak anak tangga dan melangkah ke bahagian timur stesen.
"Manalah pulak kohai ni!" bisik Fuad Rahman.
*********
Si gadis sudah mendongak ke arah
lelaki tinggi yang berdiri di hadapannya, “Mak aii, boleh tahan tinggi mamat
ni. Main basketball, for sure senang je dia ni shoot and score.” Fakta-5-saat spontan
di dalam otak Dahlea Adam.
“Waalaikummussalam. Yup, Malaysian. Dari Johor Bahru. Just arrived this morning.” Jawapan
ringkas dilontar laju oleh bibir Dahlea beserta senyuman di bibir. Senyum itu
sedekah, sedekahlah sedikit pada lelaki yang belum dikenali ini. Orang Melayu,
mana tahu orang sekapal yang boleh membantu.
“Undergrad
or postgrad?” Soalan kedua dari si lelaki. Berdiri tegap, dengan hanya
berkemeja-T Zara berwarna putih dan
berseluar jeans biru gelap, dengan sneakers
Puma coklat di kaki. Beg selempang coklat di dada. Bergaya sesuai dengan cuaca
musim panas di Jepun kala ini. Wajah yang bersih, rambut wavy gaya bersepah macam tak bersikat, tapi masih kemas saja mata
memandang.
“Master Twinning-Program
Malaysia-Japan. To-dai.” Jawapan format bullet-facts
yang sama seperti soalan Fuad, sekali lagi diberikan oleh Dahlea. Senyum lagi,
dengan harapan si lelaki ini juga mungkin dari universiti yang sama dengannya,
Tokyo Universiti atau lebih dikenali sebagai Todai oleh masyarakat setempat.
'Please lah sama, senang sikit hidup,' doa hati kecil Dahlea.
“Hmmm, same uni.”
Ting! Senyum Dahlea, senyum…
“What
field?” Pertanyaan ketiga dari sang lelaki.
“Environmental
System. You?” Giliran Dahlea pula menyoal.
“Sama fakulti lah ni. Tapi saya major Urban Planning, siapa sensei
you?.”
“Matsumoto sensei. Awak?”
Err...ber'saya-awak' pulak, Dahlea pun bingung yang mana satu nak guna ni? Nampak
macam abang ni senior dari dia. Boleh
kan nak bersaya-awak saja?
“Nakamura sensei. I have a friend used to be under Matsumoto sensei's supervision.
Orang Johor juga, tapi sekarang ni dia balik Malaysia, bercuti. Minggu depan
dia balik semula ke sini, boleh lah saya kenalkan nanti.”
Ting! Ting! Bibir Dahlea bersedekah
lagi, semakin melebar nampaknya.
“Watashi wa Dahlea Adam, annnnnnnd…those are about few Nihonggos that I know, by far…selain ayat
Arigatou gozaimasu, Sumimasen dan Gommenasai.” Dahlea terus terang sambil gelak
kecil sedikit.
Gelak kecil juga si lelaki itu.
Menayangkan taring gigi berlapis di barisan atas gigi putihnya. ‘Emmm..taring pemanis. Boleh tahan bergula
muka dia ni.’
“Senpai?” Dahlea agak sahaja yang
lelaki ini mungkin senior beberapa tahun dari dirinya.
“Yup, tahun akhir Doctorate. Insyallah will
wrap up by next year summer. Watashi wa Fu.a.do Zhu.hu.di, itu nama
Jepun...," Dahlea tahu memang normal untuk pelajar antarabangsa di Jepun
memiliki nama yang lebih senang disebut di dalam slanga Jepun, "...kalau
kat kad pengenalan, nama saya Fuad Rahman bin Muhammad Zuhdi. Panggil Ad.”
Dan lelaki itu buat gaya ojigi.
Spontan juga Dahlea menundukkan badan membalas gaya tunduk hormat Jepun kepada
Ad. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu, minum susu lah kan
Dahlea... Jangan menongkah arus, dia ingat pesan mama dan baba.
Kalau Fuad Rahman ni senior, maknanya
tentu dia sudah biasa dengan tempat ni. Mari mulakan sesi
tak-malu-bertanya-tak-sesat-jalan-punya, Dahlea. Tapi, belum sempat Dahlea
membuka mulut, Fuad Rahman sudah menyambung bicara.
“Awak cari hostel awak, kan? Oh! Dan
awak sepatutnya jumpa Tokia san, kan?" Fuad angkat kedua kening.
Ting! Ting! Ting! Tra la la la…dan
Dahlea tersenyum senang hati sambil mengangguk kepala. Memang inilah samurai
dia untuk hari ini.
Alhamdulillah.