Monday, 9 December 2013

Darling Dahlea #01




1 September 2xxx. Nishi Kawaguchi, Saitama, Japan


This is ridiculous! Bagi orang peta dalam Bahasa Inggeris, yang ada kat papan tanda sini mostly tulisan Jepun! Hisshh… Apa dia orang ni, tak perasan ke benda-benda ni semua. Mana satu exit West ni, mana satu pula exit East...kang sia-sia aku menapak… Lepas tu salah blok pulak… Dah la panas-panas ni. Dengan puasanya lagi. Ya Allah, apalah nasib, sorang-sorang pulak tu kat sini… itulah tak nak pergi kursus bahasa awal-awal, sekarang satu habuk pun tak faham.. And where is this Tokia guy? Kata nak amik kat sini...” Bla..bla..bla…

Tanpa disedari bebelan halusnya didengari seseorang yang baru sahaja turun dari tangga dan melewatinya. Lelaki itu berhenti berjalan. Spontan. Tindakan refleks apabila terdengar ayat-ayat Bahasa Melayu dari mulut gadis itu. Langkahnya berpatah balik. Badan dipusingkan menghadap seorang gadis yang memegang kertas-kertas bersaiz A4 di tangan sambil mulut mengomel-omel kecil.

Lelaki itu merenung si gadis yang masih menunduk dan masih tidak menyedari kehadirannya…

Si gadis yang berambut pendek bob hairstyle,

Si gadis yang berwajah bersih tanpa secalit solekan,

Si gadis yang berkemeja lengan panjang tanah hitam dengan jalur melintang putih, lengan kemejanya disinsing sedikit di bawah paras siku, berseluar jeans biru gelap dan ladies sneakers Adidas putih. Sehelai jaket hitam tersangkut di lengan si gadis. Kelihatan manis…walau hanya bergaya simple sempoi. Di sebelah gadis itu ada sebuah beg ala-ala penyingkiran-akademi-realiti-tv bersaiz sederhana warna merah. Di belakang badannya pula tersandang sebuah beg hitam Dueter. Mungkin ini yang ditunggu Tokia di seberang sana…

Sedari tadi Dahlea Adam duduk termangu di tepi anak tangga stesyen keretapi Japan Rail Nishi Kawaguchi. Tangan dan matanya tekun membelek-belek peta yang siap dicetak sebelum meninggalkan bumi Malaysia semalam. Peta yang sepatutnya dapat menunjuk arahnya ke asrama penempatan bagi pelajar Post-graduate Twinning Program di bumi sakura ini tetapi lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi. Tiada satu butiran pun yang ditunjukkan di dalam peta itu sekata dengan realiti yang dilihat di depan mata waktu ini. Beralih pula menatap telefon pintar di tangan. Mulut terus membebel tanpa sedar.

“Tak ada line internet pulak tu. Kalau kat Korea tu senang-senang je wifi sana sini. Kat Jepun ni tak ada pula. Tak guna juga smartphone bagai kalau dah takde line ni.” iPhone di tangan ditutup semula. Teringat pula kenangan 24-jam kemaskini status facebook ketika bercuti bersama mama dan baba di Korea.

‘Hmmm…mama…baba…Dahl dah rindu…’

Dahlea berdiri pula, dikibas-kibas punggungnya membuang kotoran di seluar jeansnya, yang sangat rendah kebarangkalian adanya. Sudah menjadi tindakan refleks sekiranya bangun dari duduk di jalanan, bukan? Rasanya, dalam jangkamasa setahun setengah yang akan datang dia mungkin boleh melupakan tabiat tindakan refleks yang ini kerana fakta-5-saat pertama yang boleh dirumuskan tentang bandar Tokyo ini adalah…bersih. Ya, jalanan yang sangat bersih. Tong sampah pun bersih. Tandas…hmm, sampai ke tahap boleh dijadikan tempat bersembang seperti disaksikan di Lapangan Terbang Narita tadi. Disebabkan itu juga, Dahlea dengan redha melepak di tepi anak tangga itu tanpa rasa risau dengan tahap kebersihan sekitarnya.

Dan kembali semula ke alam nyatanya, usaha untuk synchronise peta di tangan dengan keadaan sekeliling yang sangat luar dari kebiasaan pada matanya, ternyata sia-sia dan masih tidak berjaya. Dahlea Adam mengeluh lagi.

Tiba-tiba dia ditegur…

“Assalamualaikum, errr...orang Melayu?” Spontan soalan ditujukan oleh lelaki itu kepada Dahlea.

**********

"Ohaiyo gozaimasu, Tokia san!"

"Oh! Good morning, Fu-a-do san!" Kepala masing-masing menunduk sedikit.

"Waiting for someone?" Fuad mulakan perbualan. Gaya Tokia, kenalan Jepunnya yang fasih berbahasa Inggeris itu seperti sedang menunggu seseorang... atau lebih tepat lagi tertinjau-tinjau mencari seseorang.

"Hait! I am waiting for a Malaysian student, but she seems nowhere until now. She should be here by 12.00 p.m. according to our schedule... but now it's almost 12.30. I am afraid she might be lost right now." Ternyata Tokia kelihatan sangat gelisah. Satu minit terlewat pun penting bagi masyarakat Jepun, inikan pula sudah melewati 30 minit. Haruslah sudah kelihatan kelam kabut sahabat ni.

"Malaysian student?" Fuad Rahman bertanya kembali, inginkan kepastian dan dengan harapan mendapat maklumat lanjut dari Tokia. Terdetik juga kerisauan di hatinya. Kalau bukan orang serumpun yang dikatakan Tokia ‘sesat’ itu, mungkinkah dia tidak akan terfikir untuk membantu? Hmm...tepuk dada tanya minda, Fuad, kata hati.

"Yes, a lady... I took part in the welcoming-new-student program. I was assigned to fetch her here and lead her to the hostel. Hmmm... I don't know what I should do now."

"There's no way we can contact her? Her phone perhaps." Di mana pula lah budak Malaysia ni? Takkan sesat kot. Tak biasa sangat ke dengan sistem keretapi? Di Kuala Lumpur tu sama saja sistem keretapi dengan di Jepun ni, mungkin bezanya kualiti saja.

"Ii nai. She emailed me her Malaysian phone number, but it seems off now." Jelas Tokia sambil merenung Samsung Galaxy ditangannya.

"I think you should stay here and maybe wait for her...mmm maybe for another half an hour or so. If she's still not around, then we will think of something. I have to grab something at Daiso, I'll come back soon, okay." Fuad Rahman menepuk bahu Tokia Sato sekilas.

Tokia mengangguk kepalanya, "Have a look at the other exit, please... maybe she's there. I really hope she’s there."

"Hope so. Stay here, Tokia san. I'll be back soon." Fuad Rahman mula menapak anak tangga dan melangkah ke bahagian timur stesen.

"Manalah pulak kohai ni!" bisik Fuad Rahman.

*********

Si gadis sudah mendongak ke arah lelaki tinggi yang berdiri di hadapannya, “Mak aii, boleh tahan tinggi mamat ni. Main basketball, for sure senang je dia ni shoot and score.” Fakta-5-saat spontan di dalam otak Dahlea Adam.

“Waalaikummussalam. Yup, Malaysian. Dari Johor Bahru. Just arrived this morning.” Jawapan ringkas dilontar laju oleh bibir Dahlea beserta senyuman di bibir. Senyum itu sedekah, sedekahlah sedikit pada lelaki yang belum dikenali ini. Orang Melayu, mana tahu orang sekapal yang boleh membantu.

Undergrad or postgrad?” Soalan kedua dari si lelaki. Berdiri tegap, dengan hanya berkemeja-T  Zara berwarna putih dan berseluar jeans biru gelap, dengan sneakers Puma coklat di kaki. Beg selempang coklat di dada. Bergaya sesuai dengan cuaca musim panas di Jepun kala ini. Wajah yang bersih, rambut wavy gaya bersepah macam tak bersikat, tapi masih kemas saja mata memandang.

“Master Twinning-Program Malaysia-Japan. To-dai.” Jawapan format bullet-facts yang sama seperti soalan Fuad, sekali lagi diberikan oleh Dahlea. Senyum lagi, dengan harapan si lelaki ini juga mungkin dari universiti yang sama dengannya, Tokyo Universiti atau lebih dikenali sebagai Todai oleh masyarakat setempat. 'Please lah sama, senang sikit hidup,' doa hati kecil Dahlea.

“Hmmm, same uni.”

Ting! Senyum Dahlea, senyum…

What field?” Pertanyaan ketiga dari sang lelaki.

Environmental System. You?” Giliran Dahlea pula menyoal.

“Sama fakulti lah ni. Tapi saya major Urban Planning, siapa sensei you?.”

“Matsumoto sensei. Awak?” Err...ber'saya-awak' pulak, Dahlea pun bingung yang mana satu nak guna ni? Nampak macam abang ni senior dari dia. Boleh kan nak bersaya-awak saja?

“Nakamura sensei. I have a friend used to be under Matsumoto sensei's supervision. Orang Johor juga, tapi sekarang ni dia balik Malaysia, bercuti. Minggu depan dia balik semula ke sini, boleh lah saya kenalkan nanti.”

Ting! Ting! Bibir Dahlea bersedekah lagi, semakin melebar nampaknya.

“Watashi wa Dahlea Adam, annnnnnndthose are about few Nihonggos that I know, by far…selain ayat Arigatou gozaimasu, Sumimasen dan Gommenasai.” Dahlea terus terang sambil gelak kecil sedikit.

Gelak kecil juga si lelaki itu. Menayangkan taring gigi berlapis di barisan atas gigi putihnya. ‘Emmm..taring pemanis. Boleh tahan bergula muka dia ni.’

“Senpai?” Dahlea agak sahaja yang lelaki ini mungkin senior beberapa tahun dari dirinya.

“Yup, tahun akhir Doctorate. Insyallah will wrap up by next year summer. Watashi wa Fu.a.do Zhu.hu.di, itu nama Jepun...," Dahlea tahu memang normal untuk pelajar antarabangsa di Jepun memiliki nama yang lebih senang disebut di dalam slanga Jepun, "...kalau kat kad pengenalan, nama saya Fuad Rahman bin Muhammad Zuhdi. Panggil Ad.”

Dan lelaki itu buat gaya ojigi. Spontan juga Dahlea menundukkan badan membalas gaya tunduk hormat Jepun kepada Ad. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu, minum susu lah kan Dahlea... Jangan menongkah arus, dia ingat pesan mama dan baba.

Kalau Fuad Rahman ni senior, maknanya tentu dia sudah biasa dengan tempat ni. Mari mulakan sesi tak-malu-bertanya-tak-sesat-jalan-punya, Dahlea. Tapi, belum sempat Dahlea membuka mulut, Fuad Rahman sudah menyambung bicara.

“Awak cari hostel awak, kan? Oh! Dan awak sepatutnya jumpa Tokia san, kan?" Fuad angkat kedua kening.

Ting! Ting! Ting! Tra la la la…dan Dahlea tersenyum senang hati sambil mengangguk kepala. Memang inilah samurai dia untuk hari ini.

Alhamdulillah.